susunan AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari
ini 29 Jun dalam tahun 1957,
Tunku Abdul Rahman
Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu telah dianugerahkan
dengan gelaran "Bapa
Kemerdekaan" negara. Penganugerahan gelaran
ini telah dipersetujui
di dalam Persidangan
Agong UMNO dan pengurniaan secara
rasmi gelaran ini
telah dilakukan pada malam
30 Ogos 1957
di Padang Kelab
Selangor. Pengurniaan
gelaran ini merupakan
satu penghargaan kepada
Tunku Abdul Rahman
ke atas jasa dan perjuangan
beliau dalam membebaskan tanahair
daripada cengkaman penjajahan
Inggeris. Tunku Abdul
Rahman Putra, merupakan
putera kepada DYMM
Sultan Abdul Hamid
merupakan seorang tokoh
politik yang praktikal, kerana beliau merupakan pemimpin yang julung-julung
kalinya berjaya memperjuangkan
serta menyatupadukan penduduk
yang berbilang bangsa
untuk sama-sama mendapatkan kemerdekaan
ke atas Tanah
Melayu. Sesungguhnya,
gelaran Bapa Kemerdekaan
kepada Tunku Abdul
Rahman merupakan anugerah yang
amat bernilai sebagai
mengenang segala sumbangan
dan perjuangannya ke atas
kemerdekaan tanah air.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan