Pada hari ini dalam tahun 1971, MAGERAN dibubarkan dan sistem kerjaan
berparlimen dipulihkan semula. Pada 16 Mei 1969 Kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Tujuan utama penubuhan MAGERAN ini
untuk menghadapi keadaan darurat dan mengembalikan semula negara kepada keadaan
sediakala. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah
dilantik sebagai Pengarah MAGERAN, manakala anggota terdiri daripada pemimpin-pemimpin
politik, Pegawai-pegawai Tadbir Kanan Kerajaan dan pihak perkhidmatan tentera
dan polis.Pada dasar fungsi utama MAGERAN ialah:
Untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
Untuk menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
Untuk mengembalikan suasana keharmonian dan saling mempercayai di kalangan
pelbagai kaum
Apabila keadaan ketenteraman dapat dikawal dan pentadbiran negara kembali
pulih maka MAGERAN telah dibubarkan.
http://www2.arkib.gov.my/hids/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan