SUSUNAN OLEH-AHMAD YAAKOB
Pada hari dalam tahun 1992,
Jabatan Perkhidmatan Pos telah digantikan dengan Pos Malaysia Berhad. Majlis
pelancaran Pos Malaysia Berhad ini telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Telekom
dan Pos Dato’ Sri Samy Vellu di Kompleks Dayabumi tepat pukul 12 tengah malam.
Dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran ini, beliau memberitahu dengan
penswastaan ini dapat mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran yang
ditanggung oleh kerajaan. Selain itu peningkatan dari segi penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. Dalam majlis pelancaran ini
juga Pos Malaysia telah memperkenalkan imej baharu mereka dengan pakaian
seragam dan logo yang baharu. Logo baharu Pos Malaysia mempunyai lambang burung
terbang yang menjanjikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Selain itu
kakitangan Pos Malaysia juga akan menikmati skim gaji baharu sebagai kakitangan
sebuah syarikat swasta. Dengan penswastaan Pos Malaysia Berhad ini
menjadikannya agensi ketiga yang telah diswastakan selepas Telekom Malaysia dan
Tenaga Nasional Berhad.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan