MESYUARAT KALI PERTAMA KABINET MERDEKA 10.9-1957
susunan AHMAD BIN YAAKOB
susunan AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 10 September dalam
tahun 1957, telah berlangsung satu sidang Jemaah Menteri Kabinet yang pertama
dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Sidang itu telah diadakan di
bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Dalam persidangan tersebut,
Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri telah memangku jawatan yang pada masa
sebelum merdeka ia dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British selaku pengerusi
Majlis mesyuarat yang lama. Inilah kali pertama dimana seorang anak peribumi
mengambil alih teraju pimpinan jemaah Menteri dan seterusnya mengetuai kerajaan
setelah sekian lama ia dikuasai oleh penjajah.
Dalam sidang yang berlangsung selama dua jam itu, Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri telah menerangkan kepada jemaah menteri tentang
peraturan-peraturan baru kabinet dan juga ingatan kepada para Menteri berkenaan
dengan tanggungjawab dalam bidang tugas kabinet. Didalam kabinet ini semua
Menteri adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA-MIC yang
memenangi pilihanraya Umum 1955 melainkan Col. H.S. Lee. Beliau ialah seorang
Menteri yang tidak dipilih melalui pilihanraya tetapi dilantik dan diserahkan
Fortfolio sebagai Menteri Kewangan. Sistem perlantikan ini dimasukkan apabila
berlangsung pilihanraya umum 1959 dimana seluruh Menteri kabinet 1959 terdiri
daripada anggota-anggota yang memenangi pilihanraya sahaja. Sesungguhnya
mesyuarat pertama kabinet pada hari ini dalam tahun 1957, merupakan detik bersejarah
dalam usaha pemimpin-pemimpin negara menerajui pemerintahan berkerajaan
sendiri.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan