Pada hari
ini dalam tahun
1965, Timbalan Perdana
Menteri, Dato’ Abdul
Razak Hussein telah
menyempurnakan perletakan batu
asas bangunan baru
RIDA (Rural Industrial
Development Authority) di
Jalan Tunku Abdul
Rahman. Bangunan yang
bernilai $ 3 juta ini
bakal dijadikan sebagai
pusat pengendalian, perancangan
dan pentadbiran. RIDA
yang kemudiannya ditukarkan
nama kepada MARA
(Majlis Amanah Rakyat )
telah ditubuhkan oleh
kerajaan untuk membantu
menjalankan tugas dan
usaha bagi meningkatkan
pendapatan penduduk terutamanya
bagi kawasan luar
bandar. Ketika berucap
pada majlis tersebut,
Datuk Abdul Razak
menyatakan harapan agar
RIDA dapat memainkan
peranan untuk terus
membantu melatih rakyat
dalam bidang iktisad
dan perniagaan. Beliau
juga telah menggariskan
tujuh tugas penting
yang akan dikendalikan
oleh bahagian-bahagian di
dalam pentadbiran RIDA
antaranya ialah bahagian
latihan dan juga
bahagian kemudahan modal
dan pinjaman. Dato’
Abdul Razak juga
telah menyeru agar
usaha secara bersama
diadakan bagi membantu
rakyat memperluaskan mata
pencarian yang sekaligus
meningkatkan pendapatan penduduk
terutamanya kaum bumiputera.
Sesungguhnya, RIDA telah
menyumbang meningkatkan kedudukan
taraf ekonomi kaum bumiputera dalam
usaha kerajaan membangunankan negara
selepas kemerdekaan dicapai
pada 31 Ogos
1957.
http://www2.arkib.gov.my/hids/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan