SUSUNAN –AHMAD BIN YAKOB
Pada hari
ini 25.2 dalam tahun
1978, Kompleks Perniagaan
Pekan Rabu dirasmikan
oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana
Menteri. Bangunan yang
menempatkan kompleks perniagaan
ini dibina khas
bagi memudahkan para
peniaga Bumiputera khususnya
Orang Melayu menjalankan
perniagaan mereka. Bangunan
ini telah dapat
direalisasikan pembinaannya dengan
bantuan sebanyak $3.2
juta daripada Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Sejarah
Pekan Rabu bermula
daripada sebuah pasar
minggu yang diadakan
pada setiap hari
Rabu di Tanjung
Chali, Alor Setar.
Ianya telah diasaskan
oleh YTM Tunku
Yaakob Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid
Halim Shah pada tahun
1920. Pada tahun
1932, Pekan Rabu
telah berpindah ke
lokasinya kini iaitu di Jalan Tunku
Ibrahim, Alor Setar,
Kedah. Bangunan Pekan
Rabu yang terdapat
kini terdiri daripada
2 fasa di mana
Fasa Pertama adalah
terdiri daripada 3
tingkat bangunan perniagaan
yang mengandungi 274 buah
kedai, manakala Fasa
Kedua adalah terdiri
daripada 3 tingkat
bangunan yang mengandungi
73 buah kedai.
Sesungguhnya, penubuhan Pekan
Rabu telah berjaya
menyatupadukan
peniaga-peniaga Melayu di bawah
satu bumbung serta
melahirkan lebih ramai
pemborong dan peniaga
Melayu serta mengetengahkan barangan
keluaran kampung ke dalam
pasaran terbuka.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=556