susunan AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 18 Januari dalam
tahun 1956, Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil kerajaan Perikatan dan
wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan
British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu
telah diadakan. Persidangan ini
dinamakan Persidangan Malaya Merdeka. Persidangan ini telah mengambil masa
selama 3 minggu dan masalah-masalah yang dibincangkan ialah:-
Malaya akan merdeka dalam
lingkungan ‘British Komanwel’,
Hal ehwal kewangan,
pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri
akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Penubuhan Jawatankuasa Bebas
Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan
tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.Rombongan menuntut
kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman dengan
wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari Dato' Abdul Razak bin Hussein, Dr,
Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S.Lee, Tuan T.H. Tan dan Bahaman Shamsudin. Wakil-wakil dari Raja-Raha Melayu pula
terdiri dari Dato' Panglima Bukit
Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd Seth.
Sesungguhnya persidangan Malaya Merdeka di London pada hari ini dalam tahun
1956 telah membuka jalan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan
Tanah Melayu yang diisytiharkan dalam satu upacara yang gilang gemilang pada 31
hb. Ogos, 1957.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan