susunan AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 30 Ogos dalam tahun
1957, Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman Putra
telah mengisytiharkan pembukaan Stadium Merdeka.
Turut serta hadir
pada upacara tersebut
ialah Pengerusi Lembaga
Pengawalan Stadium Merdeka,
Dato’ Abdul Razak
Hussein. Pada hari
tersebut Stadium Merdeka
bergema dengan sorokan
lebih 15,000 hadirin
termasuk pelajar-pelajar sekolah,
700 orang tetamu kehormat dan ahli-ahli sukan dari
lapan negara luar. Upacara tersebut juga
diserikan dengan pertunjukan acara padang oleh 1,000 orang kanak-kanak sekolah
dengan iringan pancaragam Askar Melayu Diraja.
Kerja-kerja pembinaan Stadium
yang bernilai sebanyak
$2.3 juta ini
telah dimulakan pada 25
September 1956 dan
perletakan batu asas
Stadium ini telah disempurnakan
oleh Tunku Abdul Rahman
pada 15 Februari
1957. Pembinaan Stadium
ini telah siap
pada 21 Ogos
1957 dan pengendaliannya telah
diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control). Antara
beberapa peristiwa bersejarah
yang terakam di
Stadium ini ialah
Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu oleh Tunku
Abdul Rahman Putra
pada 31 Ogos
1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan