susunan AHMAD BIN YAAKOB
|
Pada hari ini dalam tahun
1967, satu perjanjian bantuan daripada pihak UNESCO (United
Nation Education Science and Culture Organisation) kepada
Kerajaan Malaysia telah ditandatangani
bertempat di Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia telah diwakili
oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari manakala
UNESCO diwakili oleh Timbalan Pengarah Agongnya, Dr. M.S.
Adiseshah. Antara kandungan perjanjian mengenai
bantuan dalam bidang dasar pembangunan
dan pelajaran ini ialah persetujuan pihak
UNESCO untuk membantu menubuhkan sebuah
Maktab Teknik Ipoh, Perak dengan memberi
bantuan berupa kelengkapan dan tenaga
pengajar. Selain daripada itu UNESCO juga
akan menempatkan Pegawai Penasihat Sains di Pejabat Perdana
Menteri bagi Malaysia menubuhkan sebuah Majlis Penyelidikan Kebangsaan
yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran penyelidikan sains di negara
ini. Disamping itu juga UNESCO akan
menghantar pakar perancang Khutub Khanah ke
Malaysia. Sesungguhnya, bantuan daripada
badan-badan antarabangsa turut memainkan
peranan penting dalam usaha mempercepatkan
pembangunan negara.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan