Susunan Ahmad bin Yaakob
Pada hari ini dalam tahun 1942,
bandar Jesselton ibu negeri Sabah yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu telah jatuh ke tangan
Jepun. Dengan tertawannya Jesselton, pihak Jepun telah memenjarakan pegawai-pegawai berbangsa
Eropah pada 19 Januari 1942 dan seterusnya mengambil tindakan ke atas kakitangan berbangsa Eropah
yang lain dengan memenjarakan kesemuanya di Berek Polis Jesselton.
Pihak Jepun kemudiannya
mengisytiharkan Sabah sebagai sebahagian daripada Dai Nippon iaitu taklukan Jepun di bawah pemerintahan
seorang Komander dan dibantu oleh pasukan askar Jepun. Pentadbiran
Tentera Jepun juga telah memperkenalkan
mata wang yang baru iaitu mata wang Jepun bagi
menggantikan mata wang British,
sementara persekolahan, pejabat dan lainlain diteruskan seperti biasa tetapi berorientasikan
kepentingan pihak Jepun. Perdagangan Sabah dikawal sepenuhnya oleh Jepun menyebabkan rakyat menderita
kerana kekurangan bahan-bahan keperluan asas seperti makanan,pakaian dan perubatan. Hal ini
menimbulkan penentangan rakyat terhadap pentadbiran Jepun seperti pemberontakan secara gerila
dilancarkan dalam tahun 1943.
Menjelang tahun 1945 Pihak Berikat mula melancarkan serangan balas ke
atas pentadbiran Jepun di Sabah. Dengan bantuan rakyat tempatan pihak pentadbiran Jepun di Sabah
dapat ditewaskan dan bandar Jesselton khususnya dan Sabah amnya telah dapat dibebaskan sepenuhnya
dari Jepun pada 9 September 1945.
Sumber- http://hids.arkib.gov.my/-/bandar-jesselton-jatuh-ke-tangan-jep-1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan